.

Translate

Jumaat, 19 Disember 2014

Persiapan Persekolahan

google image

Assalamualaikum.. hai adik-adik.. *mentang-mentang tahun depan form 5 ><

Hari ini nak kongsikan antara persiapan yang perlu dilakukan sebelum sesi persekolahan tahun baru bermula. Saja la nak share, supaya boleh buat list mana kena beli, mana yang tak patut beli. ye tak?


Malas nak tulis panjang-panjang jadi kita terus straight to the point :)


google image


Pakaian Sekolah benda yang paling penting untuk ke sekolah, kalau tak, tak boleh masuk sekolah ><. Sebelum beli, pastikan korang tengok dulu baju-baju lama korang mana yang boleh atau tak boleh pakai. Dari situ korang boleh tahu berapa pasang baju, kain, tudung korang kena beli. Yang paling penting, beli ikut saiz badan sendiri, bukan saiz adik ye... Ikut peraturan sekolah :)





google image

Kasut Sekolah perlu beli kalau keadaan kasut korang macam dah tak macam rupa kasut dah ><. Sekurang-kurangnya, bagi saya 2 pasang cukup kot. Pastikan kasut tu mengikut keselesaan korang. Yang jenis sarung lagi bagus, sebab ambil masa yang singkat untuk pakai. Yang tak pandai ikat tali kasut, korang jangan gatal-gatal nak beli kasut bertali, nanti nak pergi sekolah terhegeh-hegeh nak ikat tali tu. Paling penting, warna putih untuk murid biasa dan jenis kain ye.



google image



Beg Sekolah pastikan yang betul-betul beg yang tahan berat, sebab buku sekolah kan berat. Jangan beli beg yang untuk jalan-jalan ke apa ke, cepat putus. Seronok lagi kalau banyak poket sebab boleh kategori kan benda mengikut jenis, buku kecil, buku panjang, pencil box.. bagi saya la. Lagi satu, ada tempat untuk letak botol air, jadi tak payah susah-susah nak pegang. Lebih baik warna gelap sebab takut cepat kotor.






google image



Pencil Box yang kecil atau besar, ikut suka. Bagi kanak-kanak, yang kecil sudah memadai. Bagi saya, yang kecil lebih mudah sebab tak perlu susah nak capai pen atau pensel. Tapi, saya telah menukar pencil box saya kepada yang lebih besar untuk meletakkan kalkulator sekali. Macam yang saya cakap tadi, banyak poket lagi seronok :)




google image

Alat Tulis lebih baik beli satu packet terus sebab lebih jimat. Kalau beli satu-satu macam rugi je. Saya biasa beli pen, pemadam yang dalam packet yang ada 4 batang/biji.



google image


Buku Rujukan paling penting terutama untuk mereka yang sekolah menengah. Korang pasti akan gunakan banyak kali dan untuk rujukan pada masa yang akan datang untuk mengulangkaji dan sebagainya. Saya rasa ni paling wajib untuk budak PMR atau SPM. Tapi pastikan buku yang padat la, yang bagus ;)





Tu je kot yang saya rasa barang-barang persekolahan yang patut beli, buku latihan? terpulang pada kerajinan korang... okay!

Walaupun post ni simple tapi saya harap bermanfaat. Itu sahaja kali ini :)





Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Support

Adopt dogs and cats at PetFinder
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blogger Templates