.

Translate

Rabu, 5 November 2014

Cara Merawat Kurap Kucing

google image


Penyakit kurap adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh fungi. Biasanya penyakit ini terjadi kepada kucing dan anjing. Tempat-tempat yang sering dijangkiti adalah telinga. Kurap boleh menjadi tebal jika tidak dirawat secepat mungkin. Kucing akan menderita kegatalan dan akan menggaru bahagian kurap tersebut sehingga berdarah.


  Bagi penjaga kucing, kurap mudah diatasi dengan membawanya ke vet. Doktor akan memberikan suntikan kepada kucing tersebut dan lama-kelamaan kurap itu akan hilang. Tetapi tak semua penjaga kucing akan membawa kucing mereka ke vet kerana bayaran perubatannya yang mahal.

  Saya ada beberapa cara untuk merawat kurap kucing. Bahan-bahannya mudah didapati di kedai-kedai berhampiran anda XD. Cara-cara ini seringkali saya gunakan pada kucing saya yang terkena penyakit kurap.
alhamdulillah... kucing saya sembuh dan tiada masalah lagi. :)

 Cara-caranya ialah:

1. Menggunakan minyak gamat

google image
  Minyak gamat bukan sahaja dapat merawat luka tetapi ia juga dapat mengatasi masalah kurap kucing. Sapukan minyak gamat pada bahagian kurap sekurang-kurangnya 2X sehari.

2. Minyak rambut bayi

.
  Minyak rambut juga boleh merawat penyakit kurap kucing. Titiskan minyak pada bahagian kurap dan gosok hingga tertanggalnya kurap tersebut. Lakukan cara ini 2X sehari juga.

3. Dettol

google image

  Dettol sejenis sabun yang dapat menghapuskan kuman. Jika ingin menggunakan sabun dettol, gunakan sabun dettol yang sesuai untuk kulit (saya gunakan dettol hand soap original). Caranya ialah dengan meletakkan sedikit sabun dettol ke dalam bekas. Kemudian campurkan air (tak pekat sangat dan tak terlalu cair sangat). Sapukan bancuhan sabun dettol tadi pada bahagian kurap. Lakukan 2X sehari juga. Sabun yang disapukan itu tidak perlu dibasuh lagi hanya biarkan ia kering sendiri. Hati-hati, jangan terkena pada mata si comel. 

  Itu sahaja tips saya dalam post ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi.. ^_^



p.s~ Setelah merawat kurap kucing tersebut, sila basuh tangan bersih-bersih kerana fungi ini boleh merebak pada manusia. Kegatalannya amat menyeksakan jika anda sudah terkenanya. MUAHAHAHAHA





Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Support

Adopt dogs and cats at PetFinder
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blogger Templates