Google image |
~Solat Selepas Haid- kesilapan wanita
Adakah selepas mandi wajib kita tidak perlu manqada solat fardhu yang ditinggalkan?
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia mengangkat takbir solat asar, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya mengangkat takbir solat Isya', maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
SUMBER:https://ms-my.facebook.com/notes/cy-arsenal/solat-selepas-haid-kesilapan-wanita/10150168696637920
~Cara Memastikan Suci Daripada Haid
Bagaimana untuk mempastikan seseorang perempuan itu telah betul-betul suci daripada haidnya? Berapa lama masa yang perlu ditunggu dari darah haid terakhir?
1. Sekiranya tempoh kedatangan haid belum genap 15 hari, hendaklah dipastikan darah benar-benar habis, barulah mandi. Cara untuk memastikannya ialah dengan memeriksa faraj, iaitu dengan meletakkan kain atau kapas; jika tiada sebarang kesan warna pada kapas atau yang kelihatan ialah cairan putih, itu petanda bahawa darah telah habis dan bolehlah mandi. Jika masih ada kesan warna termasuklah keruh atau kuning, hendaklah ditunggu hilang kesan itu, barulah boleh mandi. Cara ini adalah berpandukan hadis dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).
2. Jika tempoh haid telah genap 15 hari, hendaklah terus mandi kerana tempoh haid paling lama ialah 15 hari. Maka yang datang selepas hari ke 15 itu dari segi Syarak ia bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.
3. Berapa lama perlu ditunggu? Persoalan ini tidak berbangkit kerana yang menjadi ukuran ialah hasil dari pemeriksaan faraj. Apabila seorang wanita merasakan haidnya telah habis, ia hendaklah memeriksa farajnya. Jika tidak ada lagi tanda-tanda haid (yakni tidak kelihatan sebarang tanda darah atau yang kelihatan hanya cairan putih sebagaimana dinyatakan tadi), ia boleh terus mandi. Jika masih ada tanda-tanda haid, ia hendaklah terus menunggu. Kecualilah jika didapati tempoh telah melebihi 15 hari, maka tidak perlu lagi ia menunggu, akan tetapi hendaklah terus mandi sekalipun masih ada kesan/tanda darah.
4. Bagaimana jika selepas mandi di dapati kesan darah masih ada atau darah keluar semula? Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan "Tidak dikira sangkaan yang ternyata salah". Dalam kes ini jika seorang wanita melihat semula kesan darah pada farajnya selepas mandi atau darah keluar semula selepas mandi, kesan darah itu menunjukkan bahawa sangkaannya bahawa darah haidnya telah habis telah ternyata salah. Maka mandi wajibnya tidak dikira. Ia hendaklah menunggu semula hingga darah benar-benar habis, barulah mandi semula. Ini dengan syarat darah yang dilihat semula itu masih dalam lingkungan 15 hari (dari mula kedatangan haid). Jika ia dilihat di luar dari lingkungan 15 hari (seperti dilihat pada hari ke 16 atau ke 17), ia tidaklah menjejaskan mandi kerana yang keluar itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.

SUMBER: Laman Soal Jawab Agama
P/s- jika maklumat yang saya sampaikan tidak tetap atau salah, sila pm saya melalui email atau komen terus dibawah.
Saya hanya manusia biasa sahaja. Harap maaf.
Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya, sekian

Tiada ulasan :
Catat Ulasan