Assalamualaikum dan hai!
Hari ini saya ingin membeitahu anda tentang laman web yang memaparkan markah peperiksaan sekolah pelajar. Laman web SAPS memudahkan ibu bapa untuk menyemak markah peperiksaan anak-anak mereka. Jangan risau kita-kita yang pelajar ni pun boleh akses laman web tu. Tanpa password, hanya masukkan nombor kad pengenalan pelajar untuk menyemak.
Untuk menyemak pergi ke laman web SAPS
Kemudian, di bahagian menu di sebelah tepi, tekan SEMAKAN IBU BAPA (seperti dalam bulatan)
menu |
Ataupun kalau dah tak ingat sangat nak tekan apa search kat Google (saps semakan ibu bapa)
google search |
selepas itu, anda akan terus ke laman utama :)
laman utama |
Dah sampai laman utama, masukkan nombor kad pengenalan atau nombor sijil lahir. Lepas itu, tandakan sekolah rendah atau sekolah menengah, kemudian pilih tahun.
Sudah selesai, tekan semak laporan
Bila dah tekan, akan keluar butiran pelajar seperti di bawah.
butiran pelajar |
Kemudian teruskan dengan memilih jenis peperiksaan, kemudia tekan papar slip keputusan seperti dalam gambar.
Akhirnya, dapatlah anda lihat keputusan peperiksaan pelajar. contoh slip seperti di bawah
slip peperiksaan |
Kat dalam slip itu, ada butiran pelajar, markah, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam tingkatan dan lain-lain lagi seperti dalam gambar di atas.
Itu lah langkah-langkah yang saya saja nak bagi tahu. Saya rasa ramai dah tahu macam mana nak semak markah keputusan kat SAPS, tapi mesti ada lagi yang tak tahu.
Zaman sekarang dah mudah bukan? semuanya di hujung jari. Anak-anak tak boleh menipu ibu bapa mereka atau guru. kalau dulu, guna kad laporan. guru suruh bawa balik dan minta tanda tangan ibu bapa. Pelajar yang jujur pasti tunjuk kat ibu bapa. Pelajar yang tak jujur? tiru tanda tangan ibu bapa, bagi kat cikgu balik.
Jadi, kemudahan menyemak markah peperiksaan melalui internet ini amat memudahkan ibu bapa untuk menyemak prestasi anak-anak mereka.
Sekian saja entri saya kali ini. Subscribe Jcat Blog melalui email untuk mendapat entri-entri baru didalam Jcat Blog.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan