.

Translate

Jumaat, 7 November 2014

Telur dan Bayi

google image

  Bilakah masa sesuai memberi bayi makan telur?


  Ramai pakar kanak-kanak mengatakan bahawa memperkenalkan telur biasanya sekitar usia lapan bulan dan ke atas. Sesetengah doktor mencadangkan seawal usia setahun sesuai memberikan bayi makan sumber protein ini. Doktor juga mencadangkan lebih baik memberi telur kesuluruhannya sama ada direbus atau digoreng berbanding hanya memberi telur kuning atau putih telur yang dimasak separuh.

  Apakah tanda-tanda alahan telur kepada bayi?

  Tanda-tanda tindak balas alahan kepada telur cenderung untuk muncul dalam masa beberapa minit, walaupun boleh mengambil masa sehingga beberapa jam untuk gejala ini menunjukkan:

1. Tanda-tanda alahan
2. Gatal-gatal
3. Muntah
4. Ruam di sekeliling mulut, kadang-kadang merebak keseluruh badan
5. bengkak muka
6. Sakit perut
7. Cirit-birit
8. Loya
9. Hidung berair
10. Semput
11. Kesukaran bernafas
12. Denyutan jantung yang cepat
13. Tekanan darah rendah

  Kadang-kadang, alahan telur kepada bayi boleh membawa kepada kejutan alahan, suatu keadaan serius memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Alahan telur boleh disahkan oleh doktor bayi anda.

Sumber: Berita Harian, 26 oktober 2013




Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Support

Adopt dogs and cats at PetFinder
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blogger Templates