google image |
Semalam merupakan hari yang begitu menggelikan buat diri saya. Selepas saya pulang dari sekolah, ayah menyuruh saya untuk membawa seekor kucing yang sering ayah beri makan di kawasan flat naik ke rumah. Kucingnya cantik, bebulu kembang lagi, tapi sudah ada tuan.
Diteruskan cerita, duduk la dengan kucing tu dirumah. Kucing tu tak bermain dan bermuka monyok sahaja. Dia duduk di bahagian kaki saya. Tiba-tiba saya perasan, ada benda halus-halus di kaki saya. Bila diselak, anak kutu lebih 10 ekor berjalan-jalan di atas seluar saya. Saya tunduk perlahan-lahan untuk melihat baju yang saya pakai pula. Masyaallah, banyaknya anak kutu. Terus saya tukar baju dan seluar dan membawa kucing itu ke bilik air untuk dimandikan.
Saya pernah menonton Animal Cops di siaran animal planet. Dalam rancangan itu mereka menggunakan sabun pencuci pinggan untuk membuang kutu pada badan anjing. Apa lagi, saya terus mengambil pencuci pinggan di dapur dan campurkannya dengan air dan gosok badan si kecil tadi dengan larutan tersebut. Selesai mandikannya, mulalah sesi mengeringkan. Geli sungguh melihat telur-telur kutu yang berada di setiap bulu-bulunya. Tak tahu la menjadi ke tak. bila diusik bapak/mak kutu seekor, tak mati lagi. Sedang leka sebentar, kucing itu pun melarikan diri.
Hari ini, saya membawanya kerumah lagi. Walaupun baru lepas hujan, sejuk, saya tidak kira, saya tetap akan memandikannya. Ye la. mana lagi sakit, sejuk ke gatal? Jadi, mula la sesi memandikan kucing jiran ni buat kali ke dua. Saya rasa semalam saya tersalah cara. Sepatutnya saya tidak perlu mencampurkan cecair pencuci pinggan bersama dengan air. Sebenarnya, terus je gosok cecair tu pada badan kucing tu. Dah gosok badannya dengan cecair pencuci pinggan hingga berbuih-buih, saya biarkan ianya beberapa minit. Selepas itu, barulah basuh badannya. Waktu keringkan bulunya, sedikit puas hati kerana ada kutu besar yang sempat saya kutip dan picit. 'Pop' bunyi kutu tu waktu saya picit dia. Seperti semalam, biarkan kucing tu tanpa dilayan sebentar, cabut lari lah dia entah pergi ke mana.
Mesti seksa kucing tu banyak kutu yang menghisap darahnya. Sepatutnya, tuan dia prihatin untuk memeriksa kucing-kucing dia. Tak tahu la. Mungkin dia tak perasan atau tak ada masa. Semoga ini menjadi teladan kepada saya supaya tidak memeluk kucing tanpa memeriksanya. Sebelum kita peluk kucing jalanan ataupun kucing orang lain, periksa dulu badannya kerana takut apabila kita peluk dia, kutu tu hinggap di pakaian kita. Kutu yang hinggap di pakaian kita mungkin juga boleh menjangkiti kucing kita di rumah pula.
P/s: Nantikan entri saya yang seterusnya mengenai cara merawat kucing yang dijangkiti kutu.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan