.

Translate

Sabtu, 8 November 2014

Isu Berinai

google image

  Assalamualaikum....  Ramai pihak mengatakan bahawa memakai inai bercorak tidak dibenarkan kerana menyerupai budaya masyarakat hindu. Sebenarnya ramai yang keliru tentang perkara ini.
 



 Disini saya akan menyatakan hukum pemakaian inai bagi orang Islam:
  1. berinai pada kedua-dua kaki atau tangan adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang sudah berkahwin atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah.
  2. Kadar pemakaian adalah terhad iaitu tangan sehingga had pergelangan tangan manakala kaki sehingga had buku lali sahaja.
  3. Warna tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
  4. Corak tumbuh-tumbuhan dibenarkan (daun, bunga) tetapi corak haiwan, lambang agama lain dan apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  5. Bagi lelaki tidak diharuskan kecuali pada sebahagian jari bagi pengantin untuk majlis perkahwinan dan untuk perubatan.
Sekian sahaja daripada saya.. nantikan entri saya pada masa akan datang. >~<!

Sumber : e-fatwa




Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Support

Adopt dogs and cats at PetFinder
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blogger Templates