.

Translate

Ahad, 9 November 2014

Syampu Franch- buatan Malaysia, halal, jimat

google image
Assalamualaikum... hari ni saya ingin menulis tentang produk daripada Franch. Franch mengeluarkan banyak produk dari sabun mandi hingga ke minyak rambut.



Produk Franch mengandungi Franch Oil NH*

APA ITU FRANH OIL NH*?

Franch Oil NH* minyak pelbagai guna dalam perubatan tradisional Ayurveda. Menjadi minyak pelbagai guna, ia juga anti-bakteria, anti fungus, anti mikrob. Ia juga mengandungi Anti -radang, analgesik dan ciri-ciri penyembuhan luka .


Sebenarnya, saya dah mula jatuh hati sangat-sangat dengan syampu Franch. Saya dah berputus asa pada mulanya, sebab semua syampu tak sesuai untuk saya. Saya mula nak cuba pakai syampu selepas saya mencuba franch hair oil.


Yang saya suka sekali, syampu ni berasaskan herba :)


Mari saya ceritakan secara ringkas jenis-jenis syampu franch, mungkin ada yang sesuai untuk anda.


Franch Honey Almond Glow Shampoo mengandungi minyak franch, minyak almond, minyak zaitun. Rumusan wangian setiap hari yang memelihara untuk memulihkan kelembutan semula jadi dan bersinar menjadikan rambut anda bebas kusut ketika disikat atau digayakan. Ia disyorkan untuk rambut yang kerinting dan kusam.


Franch Bouncy Aloe Vera Shampoo mengandungi minyak franch, ekstrak aloe vera dan pelembab semula jadi yang tertumpu untuk merawat segala masalah rambut. Ia menghindrat dengan lembut, melembut dan sangat sesuai untuk memastikan rambut dalam keadaan yang berkilau dan bersinar selalu. Sesuai untuk rambut normal atau kering


Franch Therapeutic Amla Shampoo mengandungi minyak franch ekstrak Amla, minyak zaitun. bertindak mengawal rambut gugur, rambut beruban dan merawat rambut rosak. Disyorkan kepada mereka yang mengalami rambut gugur, beruban, kering atau rambut rosak.


Franch Coconut Pearl Luster Shampoo -mengandungi minyak franch, minyak kelapa dan minyak zaitun yang membantu merangsang pertumbuhan rambut. disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah rambut rapuh dan rambut nipis.


Franch Volumizing Shikakai Shampoo - mengandungi minyak franch,ekstrak shikakai, dan minyak zaitun yang menumpukan merawat semua masalah yang berkaitan dengan kulit kepala seperti kelemumur, kegatalan dan berminyak. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kepala berkelemumur, gatal dan berminyak.


Saya guna Franch Bouncy Aloe Vera Shampoo, sebab rambut saya kering. Buat masa ini, saya sangat berpuas hati. :)


Adakah Produk Franch Halal?


Ya, kalau anda lihat pada produk, ada terdapat logo halal. Syampu tak ada logo halal lagi waktu saya beli. Mungkin masih baru di pasaran dan mungkin Syarikat Franch dalam proses mendapatkan logo halal untuk syampu. Yang pasti, produk Franch berasaskan tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi bahan yang haram bagi umat Islam(pork-free). Ini diakui oleh pihak Franch sendiri. 



email
Harga pun berpatutan. Saya baru jumpa syampu Franch di Mydin. Kat tempat lain tak pasti ada jual ke tak.

Lagi satu, untuk keberkesanan, gunakan franch hair oil sekali. ;)

Tu je buat kali ini. Assalamualaikum...




Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Support

Adopt dogs and cats at PetFinder
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blogger Templates